suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggalkan dunia permotoran, Haqiem Stopa dah matang fikir masa depan anak

PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa kini mahu meninggalkan sepenuhnya dunia permotoran kerana mahu memberikan tumpuan membina kehidupan baru.

Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkata kehadiran cahaya mata menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya sehingga dia lebih memikirkan masa depan keluarga berbanding meneruskan gaya hidup lamanya.

“Saya dah lama tak merempit dan tak berkeliaran malam-malam, sekarang ini saya lebih fokus pada kerjaya sebab saya dah ada anak jadi saya kena fikir masa depan.

“Saya nak rehat awal sekarang lebih baik fikir soal kerjaya berbanding kehidupan dulu yang suka melepak malam-malam, saya pun nak berjaya jangan ingat mat rempit ini tak boleh berjaya.

“Motor memang masih ada, cuma saya simpan dulu kalau suatu hari nanti saya kembali pun, saya nak beli motosikal berkuasa tinggi seperti Ducati, buat masa ini kerjaya lebih penting,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi