suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dah 2026, tak kan nak rambut kepok-kepok?" - Farali Khan nasihat pelakon aksi baru jangan berlakon kayu

PELAKON Farali Khan menegur segelintir pelakon wanita yang membawakan watak aksi supaya tidak terlalu mementingkan penampilan ketika berada di lokasi penggambaran.

Menurut Farali atau Norfara Ali Dad Khan, 37, seorang pelakon aksi perlu bersedia berdepan cabaran termasuk melakukan babak lasak yang boleh menyebabkan rambut dan solekan menjadi tidak sempurna.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan atau rungutan sekiranya mahu dikenali sebagai pelakon aksi yang berkualiti.

“Ramai pelakon wanita sekarang sudah mula menceburi seni mempertahankan diri dan saya seronok melihat perkembangan itu, memang bagus, lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahu membawa watak aksi.

“Tapi kalau baru setahun belajar seni mempertahankan diri kemudian terus berlakon aksi, pergerakan itu akan nampak kaku atau seperti dibuat-buat.

“Nak jadi pelakon aksi wanita kena rajin berusaha dan jangan pernah berhenti berlatih, lagi banyak seni mempertahankan diri yang dipelajari, lagi bagus.

“Jangan asyik fikir rambut nak sentiasa cantik atau solekan jadi comot, kalau nak jadi pelakon aksi, perkara itu memang tak boleh dirungut,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi