suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama tak jumpa adik-beradik, Sharif Zero rindu mahu bersatu semula atas pentas

PELAWAK Sharif Zero meluahkan kerinduan untuk kembali aktif melawak bersama adik beradiknya iaitu Atu dan Melati.

Malah, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 36, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu sudah berpecah susulan berlaku krisis antara mereka.

Tambahnya, peluang untuk bersatu itu tipis kerana tiada sebarang tawaran diterima setakat ini.

“Kumpulan Zero masih ada lagi dan kami tidak pernah berpecah pun cuma peluang untuk bersama sekarang ini tiada lagi disebabkan kurang permintaan untuk bergandingan sekali di TV.

“Sebenarnya rindu juga untuk buat persembahan sekali macam dulu tapi tiada rezeki lagi buat masa ini dan masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

“Kita tengok keadaan dan situasi macam mana sebab buat masa sekarang ini saya minta peminat doakan yang baik-baik saja untuk kumpulan Zero,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi