suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan pilih bulu!”- Ayez Shaukat kecewa usaha bawa nama negara dipandang sebelah mata

MESKIPUN berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas gusti antarabangsa, pelakon dan ahli gusti Ayez Shaukat terkilan apabila mendakwa masih ada pihak yang tidak memberikan sokongan terhadap usaha dan pencapaiannya.

Ayez atau nama sebenarnya Ayez Shaukat Fonseka Mohd Farid, 36, berkata dia berasakan dirinya dipandang sebelah mata biarpun aktif mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, dia berharap semua penggiat seni diberi layanan dan sokongan yang adil tanpa mengira latar belakang.

“Saya ada rasa sedikit kecewa sebab di Malaysia ini saya rasa macam dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak tertentu saya tidak mahu sebut nama mana-mana pihak.

“Saya rasa tiada masalah dengan sesiapa sebab bila saya berkongsi hantaran di media sosial, semua pengikut beri sokongan, cuma ada segelintir pihak yang macam endahkan usaha saya.

“Kalau boleh saya minta pihak tersebut memberikan sokongan sama rata kepada semua, terutama artis atau pengkarya macam saya. Kalau boleh jangan pilih bulu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi