suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itulah cara cari kerja” - Taufiq Hanafi tak malu kongsi ‘resume’ di media sosial

DEMI meneruskan kelangsungan hidup, pelakon Taufiq Hanafi terpaksa membuang rasa malu demi mencari peluang untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Taufiq atau Mohamad Taufiq Hanafi, 35, berkata dia kini menggunakan media sosial sebagai platform mempromosikan diri dengan berkongsi profil serta pengalaman lakonannya bagi menarik perhatian pengarah dan penerbit.

Menurut Taufiq, usaha itu merupakan ikhtiar terakhir yang mampu dilakukan dengan harapan masih ada pihak sudi memberi kepercayaan dan menawarkan watak kepadanya.

“Resume tu memang saya akan kongsi setiap tiga bulan sekali di media sosial sebab itu adalah salah satu langkah untuk mencari kerja.

“Saya freelancer sebab pelakon bukannya pekerjaan tetap bila habis sesuatu projek itu jadi kami akan berehat lama, itulah caranya untuk orang panggil kami bekerja tak mungkin nak paksa pula kan.

“Tolak tepi perasaan malu tu sebab itulah caranya kami cari kerja, ya memang kami menagih kerja sebab kalau tidak buat macam itu nanti tiada duit… pelakon yang kaya tu semua mereka bukan berlakon saja tapi ada perniagaan juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi