suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri selalu menangis ditanya tentang zuriat, Mamat Sepah tak putus asa cuba pelbagai rawatan... Sanggup buang vape demi cahaya mata

PELAWAK Mamat Sepah memberitahu emosi isterinya iaitu Nordiana Ibrahim sering terganggu apabila diajukan mengenai zuriat.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, berkata isterinya menjadi lebih sensitif dan tersentuh apabila mengenangkan perkara itu.

“Isteri saya selalu menangis bila cakap soal anak ni, dia mudah sensitif sebab ada anxiety jadi selalu saya berdoa supaya sakit itu tidak datang lagi.

“Bila isteri saya berhenti daripada polis tu jadi anxiety dia sudah hilang dan dah okay tapi bila bab zuriat ni memang akan selalu nangis, tapi sebagai suami kena tenang tak boleh nampak kita lemah juga.

“Saya akan bawa isteri pergi bercuti sebagai terapi dan selalu juga pesan dekat Nana yang rezeki tuhan berikan kepada kami banyak sangat dan minta untuk bersabar dengan dugaan ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi