suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum terfikir nak bergandingan dengan isteri, Zahiril Azim risau ‘Chemistry’ tak ada bila berlakon bersama

PELAKON Zahiril Adzim memberitahu dia belum pernah terfikir untuk bergandingan dengan isterinya Sheera Aiyob dalam filem mahupun drama dalam masa terdekat.

Menurut Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, dia khuatir sekiranya diberikan watak bersama keserasian sebagai pasangan dalam lakonan kurang berkesan.

Tambah Zahiril, dia lebih terbuka sekiranya untuk digandingkan dengan pelakon lain.

“Saya kalau diberikan peluang jadi pengarah dan Sheera pula yang berlakon mungkin susah sebab risau isteri saya pula yang arah saya di set nanti dan tidak pernah terfikir sampai ke situ buat masa ini.

“Tapi selalunya kalau saya mahu cipta watak untuk Sheera boleh saja, cuma nak cakap soal tegas atau garang mungkin kami dua-dua ada sifat itu.

“Orang selalu nampak macam senang sebenarnya untuk bergandingan dengan pasangan tapi hakikatnya sukar dan lebih baik berlakon dengan orang lain,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi