PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin susulan tular sebuah video memaparkan aksi dia berkemban.Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Isha, 43, mempersoalkan tindakan tersebut yang boleh memberi pengaruh buruk kepada peminat dan pengikut di media sosial. "Itu bukan lawak, itu lambang ketidakcerdikan kita terhadap hukum Allah. Benda ini dia tahu, tapi rasa buat content tiada masalah. Ini masalah besar buat umat Islam.PU Syed menasihati Azad supaya melakukan kandungan yang lebih baik. "Nak cari apa dalam hidup ini? Nak bawa contoh apa kepada peminat? Kalau ada yang tiru, bukankah itu mendatangkan dosa kepada kita?"Kepada saudara Azad, tak perlulah buat macam itu. Memalukan anak-anak kalau tengok dan memalukan orang Islam," katanya dalam satu hantaran video pada Sabtu.Pada awal video berkenaan, PU Syed turut berpendapat Azad sepatutnya lebih memahami hukum agama.ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin anggap spekulasi digantung tugas radio hanya salah faham ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed saran Vida, Fazley segera nikahDalam masa sama, dia meluahkan rasa kecewa dan menasihati Azad supaya menghasilkan kandungan media sosial yang lebih bermanfaat."Tak tahu nak tegur macam mana. Mereka tahu hukum, biasa dengar tazkirah di televisyen dan radio tentang hukum halal haram, masih lagi buat perangai tak senonoh."Kita lihat seorang penyampai radio dan pelakon ini berpakaian ala-ala perempuan, kemudian mendedahkan aurat sehingga menampakkan lurut dan paha serta berperwatakan wanita.Video aksi Azad berkemban mendapat kecaman ramai. "Teguran terbuka kepada Azad, carilah content yang lebih patuh syariah dan beradab sebagai seorang Muslim. Halal dan haram jangan dibuat gurauan," ujarnya.Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Azad menari dengan hanya memakai tuala putih dalam keadaan berkemban.Video tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk luahan rasa kecewa terhadap Azad yang berkelakuan sedemikian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!