suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurel Baharin sah bergelar isteri orang

Nurel (kanan) selamat bergelar isteri kepada Esmeer (kiri).

PELAKON Nurel Baharin sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Esmeer Mansor dalam satu majlis yang berlangsung pada pagi Sabtu di Kelab Golf Sarawak. 

Meluahkan rasa syukur, Nurel atau Nurelyana Baharin, 23, juga akui gementar sebelum majlis berlangsung. 

“Dari minggu lalu saya rasa gementar, dengan majlis lagi, dengan kawan-kawan dan keluarga dari semenanjung nak datang, semua itu saya risau dan fikir sama ada mereka okay atau tidak. 

Nurel (kanan) tidak dapat menahan sebak selepas diijabkabul pada Sabtu.

“Alhamdulillah, selepas nikah tadi, saya dapat jumpa semua dan majlis pun berjalan dengan lancar," katanya. 

Majlis diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat. 

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan Nurel menerima mas kahwin sebanyak RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun kenal terus ajak kahwin, Nurel Baharin nikah minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: Nurel Baharin sudah dirisik, bakal bergelar isteri

Melangkah ke fasa baharu, pelakon ini turut meluahkan rasa teruja menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Esmeer. 

Dia dalam masa sama memberitahu suaminya tidak menghalang untuk terus aktif dalam dunia lakonan. 

“Saya bersyukur sekarang saya sudah menjadi seorang isteri dan paling teruja nak tempuh hidup baru sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama.

“Esmeer pun tak pernah halang saya dari terus berkarya dan menjadi seorang pelakon. Insya-Allah aya sentiasa percaya pada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin,” ujarnya. 

Majlis tersebut turut dihadiri rakan artis seperti Zarif Ghazzi, Aizat Saha, Farees Asri, Aniq Suhair dan Fimie Don.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain