SYARIKAT penerbitan Astro Shaw mengumumkan naskhah adiwira ikonik tanah air, Keluang Man The Series bakal menemui penonton sebagai siri premium Astro Originals pada tahun hadapan.Kini sedang rancak dalam fasa penggambaran, penceritaan superhero original pertama Malaysia ini tampil melangkah ke fasa baharu menerusi skala persembahan yang jauh lebih besar dan dramatik. Inisiatif ini sekali gus memperluaskan lagi penguasaan dunia Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) dalam industri hiburan tempatan.Harissa menggantikan Amelia sebagai Kathy. Menerusi siri terbaharu ini, watak-watak utama dikekalkan seperti Nas-T yang membawakan watak Borhan (Keluang Man), Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Shahab, dan Shweta Sekhon sebagai Dr. Malini.Bagi memberi lebih warna, produksi turut menampilkan muka-muka baharu termasuk Harissa Adlynn, Trisha Ooi, dan pelakon senior, Azhar Sulaiman.Mendapat sentuhan dua pengarah generasi baharu, Keluang Man The Series diterajui oleh Zahir Omar dan Syahmi Norsan yang diyakini mampu menyuntik nafas yang lebih segar serta relevan buat penonton masa kini.ARTIKEL BERKAITAN: Pegang watak Keluang Man, Nas-T sedar diri kurang tinggi tapi tidak anggap masalah... “Pelakon Hollywood pun tak tinggi”ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gerun lihat dalam persalinan Keluang Man, Nas-T kini bangga anak anggapnya ‘superhero’Sementara itu, pengarah filem Keluang Man, Anwari Ashraf kini bertindak selaku showrunner bersama Muqri Azlan daripada Pasal Productions bagi memastikan kualiti penceritaan berada di tahap terbaik.Siri ini bakal memaparkan plot penceritaan mendalam mengenai watak Borhan selepas dua tahun bertindak melarikan diri dari hospital mental.Dihimpit rasa bersalah, Borhan memilih untuk mengasingkan dirinya daripada masyarakat kerana yakin sumpahan yang menghantuinya bakal membawa maut kepada sesiapa sahaja yang rapat dengannya.Bagaimanapun, Borhan terpaksa berdepan dengan konflik batin diri sendiri demi bangkit menentang kuasa hitam yang mengancam untuk menghancurkan kawasan Tumpoi serta insan-insan yang disayanginya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!