suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lancar album sulung selepas 10 tahun menyanyi, Syamel cari cerita sesuai untuk peminat

Syamel pertaruh album Pertama sebagai permulaan fasa baharu dalam kerjaya seni.

TAMPIL dengan album sulung selepas 10 tahun bergelar penyanyi, Syamel memberitahu karya ini menandakan fasa baharu dalam perjalanan seninya.

Menurut Syamel atau Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 33, album yang diberi judul Pertama itu juga cukup bermakna kerana melambangkan keberanian untuk bangkit selepas kegagalan, kehilangan atau kekecewaan.

Tempoh 10 tahun itu juga tidak pernah dianggap terlalu lambat untuk seorang penyanyi melancarkan album pertama.

Syamel berharap setiap lagu dalam albumnya kekal menjadi pilihan pendengar. 

“Selepas 10 tahun berada dalam industri, akhirnya saya dapat mempersembahkan album pertama. Saya tidak mahu menghasilkan album hanya kerana merasakan sudah tiba masanya.

"Saya mahu menunggu sehingga benar-benar mempunyai cerita, pengalaman dan keberanian untuk menghasilkan sebuah album yang terasa jujur kepada diri saya," katanya.

Memuatkan enam buah lagu, album Pertama turut sarat dengan pelbagai emosi yang mempunyai jalan cerita tersendiri dalam setiap karya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun dalam industri muzik, Syamel pasang impian lebar sayap ke Indonesia 

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel ‘post’ video promosi lagu, netizen mula menyampah anggap tak jaga hati isteri… “Sikit-sikit sudahlah”

Berkongsi pengalaman sendiri, Syamel pada masa sama berharap setiap lagu dapat memberi makna tertentu kepada para pendengar.

“Kalau ada satu lagu dalam album ini yang mampu menemani seseorang ketika dia berada pada saat paling sukar dalam hidup, itu sudah cukup bermakna buat saya.

"Itulah tujuan saya menghasilkan album ini,” ujarnya.

Setiap lagu dalam album mempunyai emosi dan jalan cerita tersendiri. 

Syamel menyusun setiap lagu seperti sebuah buku yang mengandungi enam bab berbeza, namun dapat dinikmati sepenuhnya apabila pendengar mengikuti keseluruhan trek dalam album berkenaan.

Malah, dia sendiri turut terlibat dalam penghasilan lagu bagi memastikan album ini kekal dekat dengan dirinya.

“Saya mahu menghasilkan lagu yang orang akan kembali dengar walaupun bertahun-tahun kemudian.

"Lagu yang bukan sekadar mengikut trend, tetapi mempunyai nilai dan emosi yang kekal relevan,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain