suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hadiahnya lumayan“ - Mubarak Majid cuti berlakon, bakal sertai program nyanyian popular

Mubarak teruja buat persediaan untuk pertandingan nyanyian.

MEMILIH berehat seketika daripada dunia lakonan, pelakon veteran Mubarak Majid kini sedang membuat persiapan untuk menyertai sebuah program realiti nyanyian yang tidak boleh didedahkan ketika ini.

Mubarak atau Mohamad Mubarak Abdul Majid, 70, berkata, dia tidak sangka niat sekadar ingin mencuba akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya melepasi sesi uji bakat pertandingan popular itu.

"Saya pun tak sangka terpilih. Kita ini orang seni, selain berlakon, menyanyi juga, tapi menyanyi di dapur sajalah, bukan secara serius.

Mubarak sudah sediakan senarai lagu untuk pertandingan itu.

"Ada juga orang kata suara saya sesuai jadi penyanyi, tapi saya tak pernah serius dalam bidang ini. Kalau karaoke pun, saya nyanyi lagu-lagu yang saya tahu sahaja.

"Tiba-tiba ada pihak beri peluang, jadi saya pergi uji bakat dan Alhamdulillah lepas," katanya kepada mStar.

Menurut Mubarak, penyertaannya bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, malah mahu membuktikan dia masih mampu bersaing walaupun tidak mempunyai latar belakang sebagai penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mubarak Majid terkilan tak sempat ziarah Allahyarham Dharma Harun ketika sakit… “Saya ingat dia dah sihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan Anak Dorong Mubarak Majid Sambung Belajar

"Kalau pertandingan, mestilah nak menang. Tak ada orang masuk bertanding semata-mata nak suka-suka. Mungkin mulut cakap saja-saja, tapi dalam hati semua berharap nak menang.

"Saya pun dengar hadiahnya lumayan, itu yang buat saya sertai," ujarnya.

Dalam pada itu, Mubarak menafikan penyertaannya dalam program berkenaan didorong faktor kewangan.

Mubarak sedia menerima komen pedas juri.

Malah, dia mendedahkan terpaksa menolak satu tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi kerana jadual penggambaran bertindih dengan komitmennya dalam program tersebut.

"Saya bukan kesempitan. Memang kerja saya berlakon. Kalau tak ada lakonan, tak adalah pendapatan daripada situ.

"Kebetulan masa tak berlakon, ada pula peluang masuk program ini, jadi saya anggap ia satu rezeki," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain