suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Terima kasih atas ‘kajian‘ awak“ - Rita Rudaini sindir dakwaan wanita hanya cantik lepas cerai

Rita tidak setuju tentang pendapat wanita berubah selepas bercerai.

PELAKON Rita Rudaini secara sinis menegur satu hantaran di Threads yang menulis tentang perubahan seorang wanita selepas melalui fasa perceraian.

Bagi Rita, 50, perceraian juga dilihat sebagai satu situasi apabila seseorang itu keluar daripada masalah yang dihadapi dalam rumah tangga.

"Terima kasih atas 'kajian' awak. Cuma satu sahaja silap, awak nampak perubahan fizikal, tapi tak nampak beban yang dah hilang.

Komen balas Rita di Threads. 

"Jangan keliru antara 'berubah untuk orang' dengan 'kembali menjadi diri sendiri'," ujarnya.

Rita turut menulis hantaran itu berserta emoji tanda ketawa.

Sementara itu, pengacara Nadia Annuar turut berkongsi pandangan apabila tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa golongan wanita hanya berubah selepas bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini besarkan anak seorang diri, jangan kaitkan kejayaan dengan mana-mana individu 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar berang anak dituduh jadi punca pembantu rumah berhenti

Menurutnya, kecantikan seseorang wanita tidak menjamin kebahagiaan dalam alam perkahwinan, sebaliknya sikap lelaki yang boleh memberi kesan terhadap rumah tangga.

"Kecantikan bukan menjamin bahagia. Lelaki kalau dia suka curang, narsisistik, kaki pukul, kedekut... dia akan tetap juga begitu walaupun berkahwin dengan Miss Universe.

"Lelaki kalau perut boroi macam mana pun, jika sayang bini, suami green flag, sampai cacat pun kami sanggup jaga ke hujung nyawa," kongsinya.

Nadia yakin kecantikan tidak menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga. 

Sebelum itu, seorang pengguna di Threads menulis pendapat tentang penampilan kebanyakan wanita yang dilihat mampu berubah menjadi lebih baik selepas berpisah dengan suami.

Individu berkenaan juga berpendapat golongan wanita hanya memberi alasan tidak sempat menjaga penampilan kerana sibuk menguruskan rumah tangga.

"Kenapa masa kau ada suami tak nak glow, kurus dan jadi hot? Lepas bercerai beria kurus, muka berseri, baru nak jogging.

"Masa ada lelaki bukan kau patut berhias dan cantik untuk lelaki kau?" tulis individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain