suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktor sudah ada kekasih cuba dekat, Harissa Adlynn tak layan... Kekal profesional di lokasi penggambaran

Harissa dedah ada pelakon lelaki yang mempunyai kekasih mendekatinya.

PELAKON Harissa Adlynn mendedahkan dia pernah didekati seorang aktor lelaki meskipun individu berkenaan ketika itu sudah mempunyai teman wanita.

Bagaimanapun Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 23, tidak memberikan sebarang layanan istimewa yang boleh menyebabkan individu berkenaan salah faham terhadap dirinya.

“Ada sahaja perkara seperti itu pernah berlaku. Saya tetap bersikap baik dan ramah, tetapi tidak memberikan perhatian lebih sehingga membuatkan mereka merasakan saya menyukai mereka,” katanya kepada mStar.

Harissa berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran Filem Keluang Man di Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Harissa berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

Menurut Harissa, dia sentiasa mengutamakan sikap profesional ketika berada di lokasi penggambaran dan tidak akan mencampurkan soal peribadi dengan urusan kerja.

“Bagi saya, sangat penting untuk bersikap profesional di set penggambaran. Sekiranya suatu hari nanti saya menyukai pasangan lakon sendiri pun, saya tidak akan memulakan apa-apa ketika berada di set.

“Kalau ada apa-apa, biarlah ia berlaku di luar set kerana saya sangat mengutamakan profesionalisme,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Harissa Adlynn, sampai menangis kena prank... Keith Foo betul-betul ‘in character’!

ARTIKEL BERKAITAN: Harrisa Adlynn tak berkira untuk ibu, hadiahkan sebuah SUV... Pasang niat bawa umrah

Dalam pada itu, Harissa menjelaskan penolakannya terhadap individu berkenaan bukan semata-mata disebabkan mahu menjaga batas ketika bekerja, sebaliknya dia memang tidak mempunyai perasaan terhadap individu berkenaan.

“Saya menolak bukan sebab perkara lain, tetapi kerana saya memang tidak menyukainya.

“Kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, bukan tahun ini. Saya memang tidak melayan perkara seperti itu,” jelasnya.

Harissa sentiasa menunjukkan sikap profesional di set penggambaran. 

Dalam masa sama, Harissa juga berpandangan bahawa perkara tersebut boleh menjejaskan reputasi dan nama baik seseorang artis.

“Perkara seperti ini boleh menjejaskan reputasi mana-mana pelakon wanita dan ia tidak baik untuk nama saya.

“Saya bekerja keras untuk melindungi nama sendiri serta keluarga. Jadi, kalau ada orang cuba menjejaskannya, sudah tentu saya akan marah.

“Tetapi saya juga mempunyai tanggungjawab untuk tidak melayan individu tersebut,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain