SUAMI kepada pelakon Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Ezam Mericam mendedahkan arwah isterinya itu menghidap penyakit autoimun Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang kemudiannya menyerang buah pinggang sehingga menyebabkan lupus nefritis.Menurut Ezam, Lydia telah berjuang melawan penyakit tersebut selama kira-kira lapan tahun sebelum pelakon berusia 46 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis. "Dia sebenarnya menghidap penyakit autoimun SLE. Kemudian menyerang buah pinggang.Rakan dan keluarga hadir memberi penghormatan terakhir."Bagaimanapun, punca kematian adalah disebabkan jangkitan virus. Ada empat virus yang meragut nyawanya," katanya kepada mStar.Ezam berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada malam Khamis bagi urusan pengurusan jenazah sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk dikebumikan.Mengulas lanjut, Ezam berkata Lydia tidak sempat meninggalkan sebarang pesanan terakhir kerana keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum ditidurkan."Dia ditidurkan sehari. Sebelum itu pun dia terlalu lemah, tak boleh bercakap sangat dan tak boleh berjalan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama Impian Ilyana, Lydia Ibtisam meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Lydia Ibtisam kritikal akibat jangkitan kuman"Jadi kami memang tak sempat berbincang. Dia tak sempat berpesan apa-apa kerana dia sangat kuat semangat. Bagi dia, dia akan terus hidup."Tapi Allah lebih menyayanginya. Kami reda dan berserah kepada Allah," ujarnya.Berkongsi mengenai keperibadian isterinya, Ezam menyifatkan pelakon drama Impian Ilyana itu sebagai seorang yang ceria, lembut dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan orang di sekeliling."Walaupun ada masalah, dia tak pernah tunjuk. Dia sangat mudah dibawa berbincang dan suka menyenangkan hati orang. Keadaan Lydia semasa dirawat di hospital."Bagi saya dia seorang yang bijak, kreatif dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Saya bangga pernah memiliki seorang wanita seperti dia," kongsinya.Dalam pada itu, Ezam turut mendedahkan Allahyarham mempunyai satu impian besar yang masih belum sempat direalisasikan, namun dia memilih untuk tidak berkongsi mengenainya buat masa ini."Ada hajat terakhir yang dia nak buat, tapi biarlah ia menjadi rahsia dahulu," jelasnya.Sebelum ini, Lydia atau nama sebenarnya Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab, 46, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang Khamis selepas dua minggu menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!