TEMAN lelaki kepada pelakon Tiz Zaqyah dikenali sebagai Nas Amer mendedahkan mereka berdua memasang hasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini sekiranya segala perancangan berjalan lancar.Menurut Nas, perancangan awal untuk mendirikan rumah tangga pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan disebabkan jadual kerja yang padat dan beberapa kekangan lain yang tidak dapat dielakkan. “Macam yang saya pernah beritahu sebelum ini, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya (majlis) pada tahun ini.Nas dan Tiz (kiri) tekad berkahwin dalam masa terdekat.“Tetapi buat masa ini jadual kami berdua agak sukar, selain ada beberapa kekangan kecil di sana-sini,” katanya kepada mStar. Tiz dan Nas berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pembukaan Butik Royal Sembilan di Bangsar Shopping Centre pada Khamis. Mengulas lanjut mengenai penangguhan tersebut, Nas menjelaskan dia dan Tiz bagaimanapun tetap akan merealisasikan impian pada tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan kami” - Lelaki dipercayai kekasih kongsi foto bersama Tiz ZaqyahARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiz Zaqyah dah ada teman istimewa, rancang kahwin tahun depanMalah, Nas berkata perkahwinan mereka berkemungkinan bakal dilangsungkan bersempena dengan hari kelahirannya.“Kami akan cuba juga tahun ini. Insya-Allah, memandangkan kami dah tertangguh niat nak buat bulan Jun lalu, jadi mungkin sasaran seterusnya adalah pada hujung tahun ini bersempena dengan hari lahir saya,” ujarnya.Tambah Nas, mereka berdua kini sedang menyusun semula jadual demi memuktamadkan tarikh sesuai. Kalau dari segi keluarga, memang dah 100 peratus.NAS AMERKEKASIH TIZ ZAQYAH“Kami akan cuba yang terbaik untuk muktamadkan tarikh baharu. Macam saya kata sebelum ini, bila tarikh itu dah ada nanti, semestinya korang (media) akan jadi orang pertama yang tahu,” katanya. Pada November tahun lalu, Nas ketika ditemui media berkongsikan bahawa persiapan majlis perkahiwnan mereka sudah mencapai 50 peratus. Selain itu, Nas turut berkongsi bahawa pihak keluarga kedua-dua belah juga sudah sepenuhnya bersedia.Tiz dan Nas mula terbuka kongsi kisah cinta sejak 2025.“Kalau dari segi keluarga, memang dah 100 peratus, cuma persiapan daripada kami, 50 peratus dah ready dan nak pilih tarikh, pilih tempat dan lain-lain.“Kalau kami dah dapat tarikh, kami akan umumkan. Insya-Allah tahun depan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!