suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza terima Ijazah Sarjana Kehormat, harap jadi inspirasi anak seni bukti industri dihormati

Siti terus menerus menerima pengiktirafan.

BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University pada Khamis.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, meluahkan rasa syukur atas penghormatan yang diterima dan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan besar buat dirinya serta seluruh industri seni tanah air.

"Syukur Alhamdulillah, pengiktirafan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University ini adalah satu penghormatan yang sangat besar.

Sekitar acara penyerahan pengiktirafan yang dilakukan oleh Siti bersama wakil bidang Seni Kreatif dan Media.

"Ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni saya seorang, tetapi juga satu pengiktirafan tertinggi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University atas penghormatan yang cukup bermakna ini," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Siti berharap pengiktirafan berkenaan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus memartabatkan bidang seni kreatif dan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM, gembira mahu kongsi ilmu keusahawanan

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungi ibu bapa ketika hari lahir, nasihat Siti Nurhaliza buat ramai tersentuh hati

Menurutnya, penghormatan tersebut membuktikan bidang seni bukan sahaja mempunyai nilai tinggi, malah turut mendapat pengiktirafan dalam dunia akademik.

"Pengiktirafan ini membuktikan bahawa bidang seni kreatif dan media adalah satu profesion yang sangat berprestij dan dihormati oleh dunia akademik.

"Semoga anugerah ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dan pengamal seni tempatan untuk terus berkarya dengan mutu yang tinggi, beretika serta membawa seni budaya kita ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain