TIDAK berdiam diri apabila kakaknya dilabel sebagai penipu, pelakon Didi Astillah tampil menjelaskan kekeliruan mengenai nama sebenar aktres Bella Astillah yang menjadi bualan netizen.Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, berkata penggunaan nama Ara dalam nama penuh Bella bukanlah sesuatu yang direka, sebaliknya ia diberikan oleh arwah nenek mereka. Didi bagaimanapun memberitahu nama tersebut digugurkan daripada penggunaan harian kerana nama penuh Bella terlalu panjang.Didi perjelaskan salah faham yang berlaku."Tiba-tiba nak label menipu. Eh dia ini, kadang tergelak pun ada baca, comel!"Ara itu adalah nama yang diberi arwah nenek yang kita sayang sangat-sangat tapi sebab panjang sangat, jadi buang yang itu," katanya menerusi Threads.Dalam hantaran tersebut, Didi turut memuat naik tangkap layar memaparkan komen seorang netizen yang mendakwa Bella menipu mengenai nama sebenar selepas mendapati laman Wikipedia memaparkan nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, sedangkan kebanyakan artikel berita sebelum ini hanya menggunakan nama Dayang Nabellah Awang Astillah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Didi Astillah sah bergelar isteri, selamat disatukan dengan pilihan hatiARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah kenal suami di live IG, tangguh ‘honeymoon’ beri laluan urusan keluarga dahuluMengulas lanjut, Didi berkata Bella masih menggunakan nama Ara dalam urusan tertentu sebagai tanda kasih dan penghormatan terhadap arwah nenek mereka.Malah, katanya rasa sayang itu juga mendorong Bella memberikan nama Ara kepada anak perempuannya."Tapi Kak Long (panggilan mesra Bella) memang terlalu sayang dan tak lupakan arwah nenek kami, sebab itu dia akan letak dekat mana-mana.Bella dikatakan masih menggunakan nama Ara diurusan tertentu."Bila Kak Long ada anak perempuan, terus dia letak Ara sebab nama itu sangat bermakna," jelasnya.Perkongsian Didi itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya berpendapat kekeliruan mengenai nama Bella tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melabel pelakon berkenaan sebagai penipu.Sebaliknya isu tersebut timbul akibat perbezaan penggunaan nama dalam beberapa platform.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!