suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lydia Ibtisam kritikal akibat jangkitan kuman

Elliza (kiri) mohon doa yang terbaik buat Lydia.

PELAKON Lydia Ibtisam dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal susulan jangkitan kuman dalam badan. 

Berkongsi perkara tersebut, sahabatnya iaitu pelakon dan penyanyi Elliza Razak memberitahu Lydia mula menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak dua minggu. 

"Dia memang ada sakit berkaitan sistem imun. Sekarnag dia kena jangkitan kuman menyebabkan gangguan organ dalam badan. 

Elliza berkongsi keadaan Lydia di hospital. 

"Dia kritikal. Sebelum ini sudah sebulan menerima rawatan, kemudian dibenarkan pulang sebelum kembali dimasukkan ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar. 

Elliza sebelum ini turut berkongsi perkara sama di media sosial miliknya memohon doa orang ramai agar sahabatnya itu kembali pulih. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lydia Ibtisam 'Hilang' Bukan Kerana Kahwin 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kanser! Ben Ladin tunggu keputusan ujian darah untuk rawatan lanjut

Berkongsi lanjut, Elliza hanya memberitahu 'not good' apabila ditanya keadaan sahabatnya itu selepas dia datang melawat di hospital. 

"Mohon semua boleh bantu tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula.

"Awak kuat Lydia, aku tak boleh tengok keadaan kau macam ini," tulisnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain