TERLALU sibuk dengan jadual kerja, pelakon Ezzanie Jasny memberitahu dia tidak sempat mengambil tempoh rehat yang panjang sejak awal tahun 2026.Mengakui dia seorang yang kuat bekerja, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, sanggup mengorbankan masa untuk diri sendiri. "Tahun ini memang saya tidak rehat langsung. Sebelum mula penggambaran drama Bulan Henti Bicara, saya hanya cuti empat hari sahaja.Ezzenie seronok dengan jadual kerja yang padat meskipun memenatkan. "Saya memang tak boleh nak duduk diam. Apa sahaja pekerjaan yang halal saya akan buat."Orang-orang terdekat pun tahu. Saya tak boleh duduk diam di rumah. Kalau ada masa lapang, saya akan keluar berjalan-jalan," katanya kepada mStar.Ezzanie berkongsi perkara itu ketika majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Bulan Henti Bicara (BHB).ARTIKEL BERKAITAN: “Sekadar ‘social experiment’. Tak tujukan kepada sesiapa“ - Ezzanie Jasny ulas hantaran di Threads ARTIKEL BERKAITAN: “Bila pulang memang ‘burn-out‘ dan menangis” - Ezzanie Jasny letih watak beratTambahnya, jadual kerjanya juga sudah tersusun dengan beberapa tawaran bermula September hingga Januari tahun hadapan."Harap sepanjang Ogos nanti saya akan dapat berehat secukupnya. Memang saya ambil cuti selama sebulan."Selepas itu ada beberapa lagi tawaran kerja, insya-Allah," ujarnya. Apa sahaja pekerjaan yang halal saya akan buatEZZANIE JASNY PELAKON Sementara itu, bercakap tentang drama BHB, Ezzanie berharap penonton tidak akan membuat perbandingan dengan watak Nuha yang dimainkannya dalam karya berjudul Dia Bukan Syurga sebelum ini."Saya risau penonton akan samakan dengan watak sebelum ini. Kedua-dua drama ini merupakan adaptasi daripada novel penulis yang sama."Jadi, perasaan dalam watak itu sama, cuma air tangan pengarah berbeza," jelasnya.Ezzanie sudah rancang jadual dengan baik sepanjang tahun. Selain Ezzanie, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan pelakon lain seperti Azhan Rani, Azar Azmi dan Ali Reza.Drama tersebut akan mula ditayangkan pada 27 Julai di saluran Astro Ria.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!