PENYANYI Didi Astillah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihan hatinya iaitu Dinie Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.05 pagi, Jumaat. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Didi iaitu Awang Astillah di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Mohamad Nazri di dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya.Dengan sekali lafaz, Didi sah menjadi isteri Dinie. Pada majlis berkenaan, Diniey menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran. Manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin. ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah perjelas video prank, dirakam dalam ‘private room’... “Abang Saddiq okay je”ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah jatuh tangga, kepala cedera berdarahMajlis bertemakan serba putih itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat pasangan ini.Pasangan ini bertunang pada Januari lalu.Kakak kepada pengantin perempuan iaitu penyanyi Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq turut mengiringi sebagai pembawa dulang pada majlis berkenaan.Didi sebelum ini mengumumkan majlis pertunangannya dengan Diniey pada Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!