PELAKON Zara Zya menegaskan dia tidak lagi akan menerima watak sebagai penyondol selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata watak seumpama itu tidak sesuai dengan dirinya dan selepas ini mahu lebih berhati-hati dalam memilih karakter pada masa hadapan. “Ini pertama dan terakhir kali saya bawa watak penyondol. Lepas ni insya-Allah tak ada lagi. “Bukan takut dibenci peminat atau sesiapa tetapi ini untuk diri saya sendiri,” katanya kepada mStar. Zara mohon maaf kepada peminat yang kecewa terhadap lakonannya.Zara berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara ‘Viewing party’ drama Luka Di Hujung Rindu yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Zara memberitahu pada awalnya dia cuba mengelak adegan melibatkan sentuhan fizikal dengan aktor Irfan Zaini, namun mengakui terdapat kekangan tertentu ketika proses penggambaran berlangsung. “Mula-mula pun saya cakap kita boleh berbincang untuk cuba elak babak-babak bersentuhan tetapi apabila dalam penggambaran agak sukar juga. ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kini lebih tenang, simpan rapi identiti teman istimewa... Enggan letak sasaran segera bernikahARTIKEL BERKAITAN: Ajak pergi karaoke dan suruh buka baju, Zara Zya kongsi pengalaman hitam dunia hiburan… Rakan artis ambil kesempatan“Di masa hadapan saya akan lebih berhati-hati. Saya rasa tak sesuai untuk watak Dhia (penyondol) ini tetapi saya cuba sehabis baik. “Saya pun takut nak jayakan watak ini sebab kita bukan orang macam itu,” ujarnya.Ditanya mengenai reaksi segelintir peminat yang meluahkan rasa kecewa terhadap babak mesranya bersama Irfan, Zara memohon maaf dan berharap penonton dapat melihat drama tersebut dari sudut yang lebih positif.“Saya faham peminat yang kecewa tapi saya juga faham dengan kerja yang saya buat. Babak mesra Zara dan Irfan (kiri) dalam drama menjadi perhatian ramai.“Untuk sesiapa yang kecewa saya minta maaf sangat. Macam saya cakap sebelum ini, tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton saja. “Apa yang kami persembahkan hanyalah kisah realiti dalam masyarakat,” katanya. Sebelum ini, video teaser drama Luka Di Hujung Setia mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen apabila memaparkan adegan mesra melibatkan Zara dan Irfan.Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap adegan tersebut kerana menganggap ia tidak selari dengan imej Zara yang berhijab.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube