SELEPAS enam dekad beroperasi di Petaling Jaya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal memulakan era baharu apabila ibu pejabatnya akan berpindah ke Menara Finas yang terletak di Damansara Damai bermula 1 Ogos depan.Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berkata proses pemindahan dari ibu pejabat lama itu sudah bermula sejak sebulan lalu secara berperingkat melibatkan setiap jabatan dan dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung bulan ini. "Hari ini secara simbolik kita menutup satu era sejarah dalam industri kreatif tanah air.Hans (kanan) serta Azmir ketika beramah mesra bersama media."Mulai 1 Ogos, saya rasa 100 peratus warga Finas akan berada di ibu pejabat di Damansara," katanya kepada mStar.Hans berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis simbolik penutupan operasi ibu pejabat Finas di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.Turut hadir ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagi merasmikan majlis berkenaan, serta Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tunggu susah baru bantu! Finas intai potensi artis dalam dunia keusahawananARTIKEL BERKAITAN: Finas jawab dakwaan konon jadi lubuk rasuah, tunggu hasil siasatan... “Kami tidak akan tutup mata”Sementara itu, Hans memberitahu fasiliti Finas di Hulu Kelang bagaimanapun akan terus beroperasi kerana masih menempatkan pelbagai aset serta kemudahan teknikal untuk kegunaan pemain industri."Kementerian dan kerajaan sudah melabur banyak kepada aset di bangunan itu, jadi ia akan terus dimanfaatkan. Cuma dari segi polisi dan pengurusan, semuanya akan beroperasi di ibu pejabat baharu di Damansara," ujarnya.Mengulas mengenai Menara Finas, Hans berkata bangunan itu dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti dua sound stage dan sebuah pawagam. Perpindahan ini akan membuka ruang kepada lebih banyak pencapaian membanggakanMENTERI KOMUNIKASIFAHMI FADZILJelasnya, pembinaan ibu pejabat baharu itu merupakan sebahagian daripada projek pertukaran tanah (land swap) yang dimeterai kira-kira sedekad lalu."Memang sedih nak tinggalkan bangunan ini kerana banyak sejarah dan dasar penting industri kreatif dibina di sini."Tapi kita kena bergerak ke hadapan. Saya harap ibu pejabat baharu ini menjadi inspirasi kepada industri kreatif tanah air dan membawa semangat baharu untuk Finas 2.0," katanya.Kompleks Finas pernah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ke-3, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalullail Sementara itu, Fahmi berkata perpindahan ke Menara Finas Damansara membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan Finas kekal relevan, progresif dan bersedia menghadapi cabaran serta memenuhi tuntutan masa depan industri kreatif.Katanya, Menara Finas bukan sekadar ibu pejabat baharu, sebaliknya bakal menjadi simbol transformasi organisasi, pusat pemikiran strategik dan pemangkin kepada pembangunan industri kreatif negara yang lebih mampan.Hans, Teo Nie Ching, Fahmi, Azmir dan staf sempat mengambil gambar sebelum penutupan Finas."Saya yakin dengan komitmen seluruh warga Finas dan sokongan pemain industri, perpindahan ini akan membuka ruang kepada lebih banyak pembaharuan, kerjasama strategik serta pencapaian yang lebih membanggakan," katanya.Dalam pada itu, majlis bacaan doa selamat sebagai sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan agar segala urusan perpindahan itu permudahkan turut diadakan di Menara Finas, Damansara pada pagi Khamis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!