PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tampil memberi respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh pengarah, Murali Abdullah berhubung dakwaan penyaluran dana latihan secara dalam talian berjumlah RM60,000 kepada individu tertentu.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, sebaik menerima maklumat berkenaan dia telah mengarahkan unit dalaman Finas untuk menjalankan siasatan bagi mendapatkan penjelasan terperinci. Azmir menjelaskan, sepanjang tempoh berkenaan, Finas telah menyalurkan dana kepada kira-kira 300 penerima melibatkan individu dan syarikat produksi."Bila dapat berita ini saya ada minta unit dalaman Finas untuk buat siasatan. Buat masa sekarang, info yang saya dapat kalau merujuk kepada training online itu, kami hanya lakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) zaman Covid-19. Azmir mengambil tanggungjawab menyiasat dakwaan dibuat oleh Murali."Selepas itu dah tak buat training online bermaksud perkara ini mungkin berlaku pada 2021. Kami beri dana kepada lebih kurang 300 penerima. "Dana diberikan kepada individu atau pun syarikat tetapi kebanyakannya kami beri dalam lingkungan RM15,000 ke RM30,000. Tak nampak pula dalam rekod ada nilai RM60,000," katanya ketika dihubungi mStar. Azmir berkata, bantuan tersebut diberikan kepada penggiat seni tanpa mengira jawatan atau latar belakang, termasuk pengarah dan pelakon, selagi mereka mempunyai keupayaan untuk melaksanakan latihan secara dalam talian."Apa yang saya baca menerusi hantaran Murali dia kata individu yang menerima dana RM60,000. Tapi individu yang menerima RM60,000 itu tiada dalam rekod kami.ARTIKEL BERKAITAN: RUU Pindaan Finas 2025 lulus, kukuhkan industri filem dan kandungan kreatif MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Azmir Saifuddin kekal sebagai CEO Finas, letak empat fokus utama"Saya tak pasti adakah dia (Murali) merujuk kepada individu yang dapat dana mana satu. Kita kena faham sewaktu PKP semua agensi mendapat bantuan Covid-19 untuk bantu industri. "Kami beri bantuan kepada penggiat seni tak kiralah dia pengarah atau pelakon, yang mana berkebolehan untuk buat latihan online kami beri peluang ini," ujarnya.Dalam pada itu, Azmir meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada pengurusan Finas untuk melengkapkan siasatan dalaman sebelum sebarang kesimpulan dibuat.Tegas Azmir, Finas tidak akan menutup mata terhadap sebarang dakwaan yang boleh menjejaskan integriti organisasi itu. "Beri sedikit masa lagi untuk pihak pengurusan Finas buat siasatan untuk dapatkan butiran lebih lanjut. Bagi Finas, segala teguran diterima dan kita tidak akan berdiam. "Dalam masa dua tahun kebelakangan ini memang Finas mahu pulihkan semula reputasi. Kalau boleh kita nak jadi lebih transparent. Proses-proses dana yang diberikan juga mahu lebih telus. Murali mendakwa Finas terpalit dengan amalan rasuah."Tetapi apabila berlaku perkara ini (tuduhan) bagi Finas kita tidak mahu tutup mata kerana apa-apa pun kami akan siasat atas segala tuduhan dilakukan," katanya. Sebelum ini, Murali memuat naik hantaran di Facebook miliknya mendakwa Finas terpalit dengan amalan rasuah dalam memberi kelulusan projek dan program berkaitan industri perfileman. Menurut Murali, dia terkejut apabila seorang penerbit filem didakwa memperoleh kelulusan peruntukan sebanyak RM60,000 bagi menjalankan kelas perfileman secara dalam talian walaupun kos sebenar program itu adalah jauh lebih rendah. Pun begitu, tinjauan mStar mendapat hantaran tersebut dipercayai telah pun dipadam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube