suria

Aksi berlari di ‘Shibuya Crossing’ undang kecaman, Kak KM didakwa cemarkan imej Malaysia

Kak KM (kanan) sekali lagi mendapat perhatian di media sosial.

USAHWAN sensasi Liana Rosli sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tindakannya bersama anak perempuan, Nabila Razman ketika bercuti di Jepun menerima kecaman ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM dan Nabila dilihat berlari melintas di Shibuya Crossing, Tokyo, salah satu lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia.

Namun, aksi tersebut bertukar mencuit hati apabila Kak KM dilihat terjatuh sebelum kedua-duanya ketawa dan bergambar di tengah lintasan berkenaan.

Aksi Kak Km (kiri) dan anak perempuannya bercuti di Jepun mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tindakan itu nyata mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak beradab serta boleh mencemarkan imej rakyat Malaysia di luar negara.

"Boleh tak bila travel tu jangan bagi orang pandang negatif dekat orang Malaysia? Jangan bagi nama negara buruk. 

"Tingkah laku dan tidak beradab seperti ini amat memalukan dan mencemarkan imej rakyat Malaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sanggup bayar penalti cecah RM50,000 selepas anak langgar kontrak, tak mahu Nabila kerja berat

ARTIKEL BERKAITAN: Susah bersama sebelum kahwin, Kak KM selar alasan putus tunang sebab RM500

"Jakunnya, lapar perhatian pun ada," tulis netizen. 

Dalam video berkenaan, Kak KM yang menggayakan baju sejuk bersama cermin mata hitam dilihat melakukan aksi memanaskan badan sebelum berlari melintasi lintasan tersebut. 

Namun selepas lampu isyarat bertukar merah, usahawan itu dan anaknya dilihat berlari sebelum terjatuh di tengah jalan, sekali gus menarik perhatian orang ramai di sekeliling.

Kak KM sekali lagi mencetus kontroversi dalam kalangan netizen.

"Shibuya crossing, Jepun. 

"Nak paling laju langsung tersadung," katanya.

Difahamkan aksi berlari di lintasan ‘Shibuya Crossing’ itu merupakan satu trend terbaharu yang tular di TikTok apabila pelancong menunjukkan aksi masing-masing dalam mendapatkan foto atau video terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain