suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon drama Impian Ilyana, Lydia Ibtisam meninggal dunia

Lydia sebelum ini menerima rawatan disebabkan penyakit autoimun.

PELAKON Lydia Ibtisam dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam badan pada Khamis. 

Lydia yang terkenal menerusi drama Impian Ilyana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 petang.

Sebelum itu, berita sedih berkenaan disahkan oleh sahabatnya iaitu pelakon Mimi Ernida dalam satu hantaran di aplikasi Threads.

"Assalamualaikum. Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Mimi kongsi khabar itu menerusi akaun Threads miliknya.

"Al-Fatihah," ujarnya. 

Pada Rabu, mStar melaporkan Lydia berada dalam keadaan kritikal susulan jangkitan kuman dalam badan. 

Menurut sahabatnya iaitu pelakon dan penyanyi Elliza Razak, Lydia mula menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lydia Ibtisam kritikal akibat jangkitan kuman

ARTIKEL BERKAITAN: Lydia Ibtisam 'Hilang' Bukan Kerana Kahwin

"Dia memang ada sakit berkaitan sistem imun. Sekarang dia kena jangkitan kuman menyebabkan gangguan organ dalam badan. 

"Dia kritikal. Sebelum ini sudah sebulan menerima rawatan, kemudian dibenarkan pulang sebelum kembali dimasukkan ke hospital," katanya.

Elliza sebelum ini turut berkongsi perkara sama di media sosial miliknya memohon doa orang ramai agar sahabatnya itu kembali pulih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain