suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Wajah arwah tersenyum, kakak dedah Lydia Ibtisam sempat rakam satu lagu nasyid

KAKAK sulung kepada pelakon Allahyarham Lydia Ibtisam mendedahkan arwah sempat menghasilkan sebuah karya terakhir bergenre nasyid yang masih belum dipersembahkan kepada umum.

Menurut Nur Iman Abdul Wahab, 53, idea penghasilan lagu berunsur ketuhanan itu datang daripada Lydia sendiri dan proses rakamannya juga sudah selesai.

"Kami adik-beradik sebenarnya ada buat satu lagu sama-sama. Kami memang nak lancarkan lagu itu tetapi tak sempat sebab dia dah tak ada.

Sekitar suasana pengurusan jenazah Allahyarham Lydia.

"Lydia yang buat lagu itu. Memang dia yang beri idea dari awal lagi. Kami memang nak ke arah lagu-lagu ketuhanan dan buat satu sumbangan kepada masyarakat melalui lagu nasyid," katanya kepada mStar.

Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada malam Khamis bagi urusan pengurusan jenazah sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Mengulas lanjut, Iman berkata mereka tidak berkesempatan melancarkannya ketika Lydia masih hidup namun tetap akan melaksanakan hasrat terakhir arwah dengan sebaiknya selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lydia Ibtisam kuat semangat, tak suka tunjuk masalah... Suami ingat hajat terakhir arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama Impian Ilyana, Lydia Ibtisam meninggal dunia

"Itulah niat terakhir dia bersama adik kami yang seorang lagi. Dia selalu pesan supaya kami sama-sama siapkan lagu itu.

"Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan tunaikan juga hasrat terakhirnya. Buat masa ini lagu itu pun belum ada tajuk lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Iman berkata keluarganya reda menerima pemergian Allahyarham selepas lapan tahun berjuang melawan penyakit autoimun Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Dia dah lama menanggung sakit sebenarnya.

NUR IMAN ABDUL WAHAB

KAKAK

Katanya, sepanjang tempoh arwah menjalani rawatan, mereka memilih untuk tidak mendedahkan keadaan kesihatan Lydia kepada umum kerana menghormati kehendaknya yang tidak gemar menjadi perhatian.

"Allah beri sama ada baik atau buruk, kami sekeluarga terima dengan reda. Dia dah lama menanggung sakit sebenarnya.

"Bukan kami nak sembunyikan keadaan dia, tetapi kami tak mahu orang susah hati dan dia sendiri pun memang tak suka perkara ini diperbesarkan," kongsinya.

Menurut Iman lagi, detik pemergian Allahyarham turut disaksikan ahli keluarga menerusi panggilan video bersama ibu mereka yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Ipoh.

Lydia ketika menerima rawatan di hospital.

Katanya, perkara yang paling sukar dilupakan ialah wajah Lydia yang sentiasa mengukir senyuman meskipun sudah menghembuskan nafas terakhir.

"Alhamdulillah, pemergian dia sangat baik. Sepanjang kami buat panggilan video dengan mama dan ketika memandikan jenazah, wajah dia sentiasa tersenyum.

"Itu satu ganjaran daripada Allah dan kami sangat bersyukur," ujarnya.

Sebelum ini, Lydia atau nama sebenarnya Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab, 46, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang Khamis selepas dua minggu menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain