suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja produksi tak menentu, bukan ikut ‘office hour’… Yusof Haslam kata pelaksanaan had 12 jam perlu lebih fleksibel

Yusof percaya pelbagai faktor perlu dipertimbangkan untuk pelaksanaan had maksimum 12 jam bekerja.

MENYEDARI  cadangan pelaksanaan had maksimum 12 jam bekerja kembali menjadi bahan bualan dalam kalangan penggiat seni, penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam berharap  perkara tersebut tidak dilaksanakan secara ketat sehingga menyukarkan operasi produksi.

Yusof atau Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 72, berkata dia tidak menolak usaha menjaga kebajikan penggiat seni, namun berpendapat industri kreatif mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan pendekatan lebih fleksibel.

Namun dia percaya aduan segelintir individu mengenai tempoh bekerja yang panjang tidak mewakili keseluruhan suara warga produksi.

Yusof percaya setiap keputusan di lokasi penggambaran dilakukan bersama.

"Saya bukan kata tak sokong, saya sokong. Tapi kita harus fleksibel. Kerja penggambaran ini masa dia tak menentu. Kadang-kadang kita shooting empat jam sahaja sudah selesai, ada masa pula terpaksa lebih kerana faktor tertentu," katanya kepada mStar.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis simbolik penutupan operasi ibu pejabat Finas di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Yusof berkata pelbagai faktor luar seperti cuaca dan kekangan jadual pelakon sering memaksa produksi membuat perubahan saat akhir demi memastikan penggambaran dapat diselesaikan mengikut jadual.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah merayu, sudah terlambat” - Yusof Haslam gugurkan Inspektor Gerak Khas 2.0 terlibat dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam hidupkan semula Gerak Khas bukan guna 'kabel'

Tambahnya, tiada istilah eksploitasi terhadap kru produksi sebaliknya kebanyakan keputusan untuk meneruskan penggambaran dibuat secara bersama dan bukannya atas paksaan penerbit.

"Kalau hujan dua hari, jadual terus terganggu. Lepas itu pelakon pula beritahu esok dia tak ada sebab sudah ambil kerja lain. Jadi macam mana? Kita kena habiskan juga ikut keadaan.

"Malah kadang-kadang kru sendiri yang minta habiskan babak sebab tinggal sedikit sahaja lagi. Kita bukan paksa mereka.

Kita buat sebab mahu industri ini terus hidup.

DATUK YUSOF HASLAM

PENGARAH/PENERBIT

"Kalau habis lewat hari ini, esok kita beri mereka rehat. Kita pun bukan mesin. Sebab itu saya kata sistem itu boleh ada, tetapi mesti ada give and take mengikut situasi," ujarnya.

Dalam masa sama, Yusof menegaskan waktu kerja di lokasi penggambaran tidak boleh disamakan dengan waktu pejabat.

Jelasnya, kos penerbitan yang semakin meningkat memberi tekanan besar kepada syarikat produksi, selain kadar bayaran drama televisyen yang menurutnya masih belum selari dengan peningkatan kos operasi.

Yusof terkenal dengan drama kepolisian.

"Ini bukan kerja masuk pukul 8 pagi balik pukul 5 petang. Ini kerja kreatif. Ada hari kita kerja enam jam sahaja, ada hari terpaksa lebih sedikit kerana keperluan produksi.

"Itu belum lagi harga barang naik, gaji kru pun naik, tetapi bajet produksi tidak banyak berubah. Orang ingat penerbit untung besar, hakikatnya tidak.

"Kita buat sebab mahu industri ini terus hidup dan kru terus ada kerja," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain