Datuk Yusof (kanan) memegang watak DCP Datuk Helmi dalam Gerak Khas 2.0 bersama barisan pelakonnya iaitu Tisha Shamsir (dari kiri), Salina Saibi dan Erra Fazira.
BAHARU seminggu bersiaran, Gerak Khas 2.0 terpalit kontroversi apabila seorang inspektor polis wanita dalam drama itu dicekup dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan, menyebabkan wataknya terpaksa ditamatkan.Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, penggambaran drama sebanyak 26 episod itu sudah 90 peratus siap dan hanya berbaki kira-kira dua minggu lagi untuk diselesaikan. Disebabkan insiden itu, pihaknya telah membuat rombakan dengan menggugurkan peranan pelakon tersebut demi menjaga integriti Gerak Khas 2.0.Yusof bertegas dengan keputusan yang dibuat."Kalau tak silap saya, dia masih ada babak untuk episod 23 atau 24 daripada keseluruhan 26 episod. Jadi, semua babak hujung-hujung itu kita batalkan."Perkara ini di luar kawalan kita. Kalau dari awal kami tahu perkara ini berlaku, sudah tentu kami tidak akan ambil dia berlakon. Selama ini dia berlakon dalam drama-drama terbitan kami dan tiada masalah. Tapi bila timbul isu macam ini, kami terus buang dia daripada produksi."Penggambaran pun sudah siap 90 peratus. Tinggal sedikit sahaja babak membabitkan dia, tetapi semua itu sudah kami buang. Tak ambil lagi," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita Gerak Khas 2.0 ditahan polis positif dadahARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam hidupkan semula Gerak Khas bukan guna 'kabel'Yusof diminta mengulas langkah yang dilakukan selepas pelakonnya itu ditahan polis dan didapati positif tiga jenis dadah dalam satu serbuan yang dilakukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa.Kata Yusof, tindakan tegas itu bukan sahaja sebagai pengajaran kepada aktres yang memegang watak inspektor berkenaan, malah kepada seluruh barisan pelakon dan kru produksi.Menurutnya, sejak awal lagi dia sudah mengingatkan semua pihak supaya menjaga disiplin dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej drama serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Ini pengajaran untuk dia dan juga artis-artis lain termasuk kru. Jangan terlibat dengan perkara negatif atau pergi ke tempat-tempat seperti kelab malam. Lebih-lebih lagi perempuan, orang akan cepat pandang serong. Saya cakap, sudah terlambat!DATUK YUSOF HASLAMPENERBIT/PENGARAH"Dalam drama ini pun saya sentiasa tekankan soal integriti dan perkara yang boleh menjejaskan imej pasukan. Tapi macam mana kita nak kawal manusia? Kalau ada 10 orang anak pun, kalau seorang dua buat hal, kita pun tak tahu," ujarnya.Dalam pada itu, Yusof berkata, dia membuat keputusan membatalkan semua baki babak melibatkan pelakon terbabit selain menolak sebarang bentuk rayuan dan alasan."Tak payah nak merayu atau beri macam-macam alasan. Saya cakap, sudah terlambat."Jadikan ini sebagai satu pengajaran dalam hidup. Bila buat satu kesilapan, orang akan lupakan segala kebaikan yang pernah kita buat," jelasnya.Antara barisan pelakon Gerak Khas 2.0.Sebelum ini, Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan dia sudah dua kali memberi amaran kepada pelakon berkenaan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik drama itu.Gerak Khas 2.0 disiarkan setiap Jumaat bermula 3 Julai lalu menerusi saluran TVS.Selain Yusof sendiri membintanginya, pelakon lain yang turut terlibat termasuk Datuk Hans Isaac, Erra Fazira, C. Kumaresan dan Salina Saibi.Sementara itu, pelakon yang memegang watak inspektor pula ialah Tisha Shamsir, Anding, Nabiha Aimi dan Emily Elizabeth.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!