TIDAK pernah berkira soal wang ringgit, pelakon Harissa Adlynn sanggup menghabiskan duit gaji dan simpanan hasil titik peluhnya bergelar anak seni demi membahagiakan ahli keluarga.Kata Harissa, 23, fokus utamanya dalam bekerja buat masa kini bukanlah untuk bermewah-mewah, tetapi mahu melihat insan tersayang terutamanya ibu tercinta, Hafizah Mohd Radzi menjalani kehidupan yang gembira. “Ya, saya punya simpanan pun memang tidak banyak habiskan untuk diri sendiri. Saya memang suka berbelanja kepada orang lain.Niat Harissa hanya mahu bahagiakan ibunya. "Fokus saya sekarang bekerja untuk bahagiakan mama dan juga keluarga,” katanya kepada mStar.Buktinya, Harissa kini berjaya merealisasikan salah satu impiannya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jetour Dashing buat ibunya.Jelas Harissa, sejak mula menceburkan diri dalam industri lakonan, dia sudah memasang niat untuk mengumpul wang bagi membeli aset serta membawa ibunya ke Tanah Suci.“Saya rasa dalam sepanjang perjalanan saya menjadi pelakon, simpan duit dan sebagainya adalah untuk memenuhi impian saya.ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Harissa Adlynn, sampai menangis kena prank... Keith Foo betul-betul ‘in character’!ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn meronta-ronta tak nak lepaskan buku, ‘buka mata’ selepas ziarah rumah anak yatim“Impiannya ialah mahu bawa mama pergi umrah, beli kereta ataupun rumah untuk dia. Setiap tahun memang saya akan tanya kepada dia mahu hadiah apa, tetapi dia tidak pernah meminta apa-apa," kongsinya.Bercerita mengenai pemilihan kenderaan tersebut, Harissa berkata dia memilih model berkenaan kerana ia bertepatan dengan cita rasa ibunya yang gemar memandu kenderaan bersaiz besar.“Saya beli kereta ini sebab mama seorang yang suka kereta besar. Dan semasa bawa pun, saya nampak dia memang sukakannya. Dalam masa sama, kereta ini juga akan membantu untuk karier saya juga," ujarnya. Harissa hanya mahu membalas jasa ibunya. Harissa menjelaskan pemberian itu bukanlah bersempena dengan sambutan hari lahir ibunya, sebaliknya hanyalah sebuah hadiah penghargaan demi membalas jasa wanita yang banyak berkorban untuk dirinya.“Eh tidaklah (bukan hadiah hari jadi), tetapi itu cuma hadiah penghargaan buat mama yang sebelum ini banyak berkorban untuk saya. "Sekurang-kurangnya, dapat membalas jasa apa yang dia sudah buat kepada saya sebelum ini. Dia juga nampak sangat gembira dengan hadiah ini," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!