PENGACARA dan pelakon Elly Mazlein tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia sedang berbadan dua selepas penampilannya menjadi perhatian ramai di media sosial.Elly atau Sharifah Aida Maslina Syed Hanafi, 46, berkata perubahan fizikal yang disedari orang ramai bukan disebabkan kehamilan, sebaliknya hanya kerana pertambahan berat badan. Kata Elly, berat badannya naik selepas menikmati pelbagai hidangan ketika bercuti di Tokyo, Jepun pada Jun lalu. “Haritu ramai cakap saya ‘bengkak’ (besar) sebab kita mengandung. Tidak. Elly dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.“Saya ‘bengkak’ akibat makan di Tokyo. Siang malam, pagi petang makan. Saya kan pergi bercuti. “Bila bercuti takkan nak diet, jadi hari-hari makan nasi. Bila balik Malaysia badan kita ‘bengkak’ (naik berat badan), orang ingat kita berbadan dua,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia sengaja tidak mengamalkan diet sepanjang percutian bagi menikmati pengalaman menikmati makanan di luar negara.“Saya punya seluar terus ketat. Saya memang dah set sepanjang pergi bercuti tak mahu diet. ARTIKEL BERKAITAN: Memang tiada peluang tengok wajah anak Elly Mazlein, mahu mereka hidup seperti orang biasaARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Gantung’ mikrofon pengacara, Elly Mazlein bakal menyanyi semula“Saya nak enjoy makan tapi sebenarnya dah tahu berat memang naik bila pakaian yang kita bawa mula rasa ketat.“Apabila pulang ke Kuala Lumpur saya terus bekerja, itu yang orang nampak hasil berat badan naik sebab tak sempat nak diet,” ujarnya.Elly bagaimanapun memaklumkan dia kini kembali mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan bagi mendapatkan semula berat badan yang ideal.“Alhamdulillah sekarang ini saya dah mula diet semula dan jaga pemakanan yang betul. “Sekarang ini saya dah hampir dapat berat badan ideal. Tak mahulah kurus cengkung, biarlah bersesuaian dengan usia dan pakaian pun muat dengan selesa. Elly (kanan) bersama keluarga bercuti ke Jepun pada Jun lalu.“Lagi pun saya bekerja takut ada masalah bahagian lutut. Kerja saya banyak berdiri, berjalan sana sini, anak-anak pun kecil lagi jadi memang kena jaga berat badan juga,” katanya.Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider, 5 tahun. Sebelum itu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Sara Sefhia, 9 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!