suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rita Nadira ‘tayang‘ jejaka berjambang, sahkan spekulasi sedang bercinta

Rita akhirnya mendedahkan wajah teman lelakinya.

SETELAH sekian lama mengunci rapat identiti insan istimewa di hatinya, pelakon Rita Nadira akhirnya menayangkan wajah sebenar teman lelakinya kepada umum.

Tindakan Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 28, memuat naik foto mesra bersama jejaka berkenaan secara tidak langsung mengesahkan desas-desus mengenai status hubungan cintanya.

Menerusi hantaran terbaharu, Rita dilihat diraikan oleh kekasihnya dalam satu majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Rakan artis turut gembira dengan pendedahan Rita. 

"Lebih baik lewat daripada tiada langsung. Hantaran yang agak lewat, tetapi kenangannya kekal selamanya. 

"Bersyukur atas kejutan, kasih sayang, dan kamu," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram miliknya. 

Pendedahan itu mencuri perhatian ramai sehingga ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta peminat setia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama lelaki berjambang, netizen dakwa Rita Nadira sedang dilamun cinta… “Ini baru sepadan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Nadira mahu kahwin ada anak, itu impian setiap wanita

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengakui tidak sabar untuk melihat mereka melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu ke jenjang pelamin.

"Okay, jangan lupa jemput ya! 

"Yay! bila itu Rita? Aku nak 'book' tarikh ini" kata rakan selebriti. 

Hubungan Rita bersama lelaki berkenaan dihidu sejak September tahun lalu. 

Sebelum ini, spekulasi mengenai status perhubungan Rita mula menjadi tumpuan apabila dia memuat naik foto bersama seorang lelaki sewaktu bercuti di Pulau Tioman, Pahang pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan Rita yang meletakkan emoji bagi menutup wajah lelaki berkenaan ketika itu mencetuskan lagi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Teka-teki tersebut akhirnya terjawab pada Oktober lalu apabila Rita secara terbuka mengesahkan sedang dalam fasa mengenali seorang jejaka berjambang. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain