SELEPAS lebih sedekad memberi tumpuan kepada dunia keusahawanan, penyanyi Mila Jirin kembali ke persada muzik menerusi single terbaharu berjudul Tersimpan Dalam Hati.Kata Mila, 39, nashkah ini bukan sekadar sebuah lagu, namun ia titik permulaan semula buat kerjayanya dalam industri. Untuk lagu baharu ini, katanya, dia memilih untuk menjalani keseluruhan proses rakaman di Jakarta bersama komposer Indonesia iaitu Ilham Baso.Lagu baharu Mila merupakan rangkuman perjalanan hidupnya selama sedekad menyepi.Ditanya mengenai mengapa tidak memilih pengkarya dari Malaysia, Mila menjelaskan dia sudah cuba untuk menghubungi komposer dalam negara. “Sebenarnya saya ada mesej ramai (komposer Malaysia) tapi belum diizinkan, mungkin belum tiba masanya.“Moga selepas ini ada rezeki saya berkolaborasi dengan komposer Malaysia,” ujarnya.Mila berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Tersimpan Dalam Hati di Bizmilla, Subang Jaya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Ini punca Mila Jirin ‘menghilang’ selepas menang AF5, kesempitan hidup sampai tak mampu hadiri acara hiburanARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin janji tak berhenti menyanyi, ada impian bertanding di pentas AJLJelasnya lagi, Tersimpan Dalam Hati juga merupakan sebuah refleksi perjalanan hidup yang dilalui sepanjang lebih sedekad sebagai usahawan, isteri, ibu dan anak seni."Ada ketika saya sendiri tertanya-tanya sama ada impian untuk kembali menyanyi masih ada ruang dalam hidup saya. “Tetapi saya percaya, jika sesuatu impian itu benar-benar ikhlas, Allah akan menemukan jalannya pada waktu yang paling tepat,” katanya. Mila juga merancang untuk muncul dengan album baharu menjelang hujung tahun ini.Untuk info, Tersimpan Dalam Hati merupakan single pertama daripada siri projek ‘comeback’ Mila yang bakal diteruskan dengan beberapa karya baharu.Jelas Mila, dia kini sedang menyiapkan sebuah album baharu yang diterbitkan sepenuhnya oleh suaminya, Ailis Mustapha melalui Bizmedia Marketing. Album tersebut dijangka menghimpunkan karya daripada beberapa komposer hebat Malaysia dan Indonesia serta dijadualkan dilancarkan pada penghujung tahun 2026.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!