suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegang watak Keluang Man, Nas-T sedar diri kurang tinggi tapi tidak anggap masalah... “Pelakon Hollywood pun tak tinggi”

PELAKON Nas-T mengakui dirinya tidak memiliki ketinggian untuk memegang watak superhero ikonik Malaysia iaitu Keluang Man.

Namun kata Nas-T atau Nas Muammar Zar, 40, perkara itu bukanlah satu masalah kerana dalam filem semuanya boleh diubah dan dicantikkan melalui suntingan.

"Saya tahu dalam animasi watak Borhan tu tinggi dan saya sedar diri saya tak tinggi.

"Tapi dalam filem law, ketinggian bukan satu masalah, ada teknik yang boleh menampakkan pelakon itu tinggi.

"Macam pelakon Hollywood Tom Cruise tak tinggi pun, tapi boleh buat shot dia tinggi," katanya kepada mStar.

Pengarah filem Keluang Man, Anwari Ashraf pula berkata Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemahkan penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Filem itu kini sedang menjalani proses pra-produksi dan dijangka memulakan penggambaran April tahun hadapan.

Ia dijadualkan menemui penonton di pawagam pada tahun 2025.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi