suria

Hebat nyanyi lagu Tamil, muka pula iras Nora Danish... Rupanya isteri Mohd Mentor ada bakat jadi penyanyi

ISTERI kepada penyanyi Mohd Mentor iaitu Syiqin Zaidi sudah menjangka video nyanyiannya dalam bahasa Tamil akan menjadi tular di aplikasi TikTok.

Syiqin atau dikenali sebagai Nora Vanish, berkata selepas video nyanyiannya itu tular, dia mendapat tawaran untuk membuat persembahan sempena sambutan hari perayaan Deepavali awal November lalu.

“Perkara ini boleh dijangkakan sebab saya punya pengikut memang tertarik dengan lagu Tamil daripada pertama kali buat live di TikTok, ramai yang minta untuk nyanyikan lagu Tamil.

“Baru-baru ini ada saya dapat untuk buat persembahan nyanyi lagu tamil sewaktu hari raya Deepavali sebelum ini di Ampang, sambutan sangat okay waktu tu,” kata Nora kepada mStar.

Melihat sambutan hebat yang diterima pengguna di TikTok, Nora bercadang untuk menyanyikan lagu Tamil sendiri bagi memenuhi permintaan peminat yang tinggi.

“Memang ada dalam perancangan untuk hasilkan lagu tamil sendiri tapi sekarang ini memang tengah rancang dulu, belum mula buat lagu tu lagi tapi kalau ada rezeki memang saya nak,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi