suria

Izuan Fitri bergantung ubat seumur hidup, ibu syukur kesihatan makin baik sudah boleh mandi sendiri

DI SEBALIK senyuman di wajah, namun sebenarnya terselit kesedihan di hati ibu kepada pelakon Izuan Fitri iaitu Norainon Abdul Rani.

Kata Norainon atau lebih mesra disapa kak Nor, dia berasa bimbang mengenai masa depan anaknya itu jika terjadi sesuatu terhadap dirinya.

Pun begitu, Nor tetap bersyukur kerana keadaan kesihatan pelakon berusia 21 tahun itu sudah semakin baik walaupun perlu bergantung ubat-ubatan sepanjang hidupnya.

"Sebab tengok dia (Izuan) punya ketabahan jadi saya dan keluarga perlu kuat, tiada makna nak sedih-sedih sebab Izuan sendiri boleh terima keadaan dia kenapa kita tak boleh.

"Walaupun kami sekeluarga sedih untuk masa depan Izuan seandainya dia tidak boleh pulih sepenuhnya, manalah tahu saya mati dulu siapa yang nak jagakan dia.

"Izuan pernah tanya kalau saya tiada dia macam mana, saya kata tidak mengapa Allah ada sebab perkara ini bukan satu yang mudah," katanya kepada mStar.

mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Izuan ditemani ibunya bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada pelakon itu.

Program mStar Baek tajaan Noir Health & Beauty bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi