suria

Dipuji lakonan nampak real, babak Janna Nick tendang Sheila Mambo tak tayang di TV... “Anggaplah ini hanya hiburan”

PELAKON Sheila Mambo sudah dapat menjangka babak Janna Nick menendangnya dalam drama Surat Dari Tuhan bakal menerima kecaman netizen.

Kata Sheila, ada netizen berpendapat babak tersebut tidak sesuai dipaparkan di televisyen kerana kurang sopan untuk tontonan ramai.

Menjawab mengenai video tular itu, Sheila atau Rusliwati Hassan, 60, berkata aksi tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata dan ianya tidak akan ditayangkan dalam drama berkenaan.

“Susah nak puaskan hati dan selera orang, apa yang kita buat tu hanya sekadar ikut permintaan skrip nak macam tu, sebagai pelakon pastinya ada perancangan dia sendiri, kalau nak rasa sensitif terpulang kepada anda.

“Saya pula lihat dia sebagai perkara positif dan saya tak mahu panjang lebar mengenai perkara ini lagi, jangan burukkan keadaan tu sebab sebenarnya keadaan tu tak buruk pun... okay saja, lagipun saya tak terkejut perkara ini jadi sebab memang dah jangka.

“Sebenarnya klip tu tak siar pun ia sekadar promosi saja dan ramai yang kena tipu lagipun banyak lagi babak-babak lain yang perlu tonton nanti,” kata Sheila kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi