suria

Jantung Ebby Yus semakin lemah, buat pembedahan masuk bateri bulan depan

PELAKON Ebby Yus bakal menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung pada Disember ini.

Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, berkata, dia perlu melakukan pembedahan tersebut selepas mendapat nasihat doktor selepas jantungnya semakin lemah.

"Bulan depan saya akan buat pemeriksaan jantung sebelum melakukan pembedahan masuk bateri sebab jantung lemah.

"Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian saya berjalan seperti biasa dan mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ebby memberitahu kos pembedahan itu dianggarkan sebanyak RM38,000 dan sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi menampung kos berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi