suria

Makcik Terengganu enggan jual kuih sebab muka nampak jahat, Pablo Amirul hantar ‘budak’ borong semua

MENERIMA layanan kurang baik semasa berada di Terengganu, pelakon Pablo Amirul berkongsi cerita seorang peniaga wanita enggan menjual kuih jualan kerana terkesan dengan watak jahat dalam filem.

Tidak marah dengan apa yang jadi, sebaliknya Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 38, meminta dua orang rakannya untuk memborong kuih-kuih berkenaan.

“Takkan saya lupakan di Bandar Permaisuri, Terengganu... bila saya nak beli kuih tapi mak cik tu tak nak jual sebab jahatnya saya dalam televisyen (TV) tu yang terbawa-bawa sampai realiti tak nak jual langsung pada saya.

“Tapi tidak mengapa saya minta tolong dua orang rakan saya beli bagi pihak saya, borong semua dengan ucapan terakhir... mak cik orang jahat tadi yang beli.

“Sudah tentu selepas itu mak cik itu tersenyum sebab tak sangka orang jahat beli kuih dia,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Pablo merupakan salah seorang pelakon bersama Zahiril Adzim, Nabila Huda dan Datuk Aaron Aziz dalam filem Budak Flat yang ditayangkan di platform penstriman Prime pada Khamis.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi