suria

Ramai salah faham komen Yana Samsudin, dituduh ‘back up’ Shuib isu tak bayar caruman pekerja

GARA-GARA memberikan komen mengenai isu tunggakan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dihadapi pelawak Shuib Sepahtu, pelakon Yana Samsudin menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Yana atau Nurliana Samsudin, 39, mengakui terkejut apabila komen yang diberikan itu disalah tafsir oleh netizen malah ada yang turut berkata dia seolah-olah ingin membela rakan artis.

“Ramai yang salah faham apa yang saya tulis dekat komen tu, saya percaya dengan integriti pegawai setiap institusi sebab kalau diwujudkan pasti ada sebab nak lindungi hak pekerja.

“Memang saya tulis jangan besarkan isu tu tapi saya bagi cadangan sebaliknya orang hanya baca bahagian atas saja dan marah saya, akhir ayat pun saya siap doakan lagi agar masalah kedua-dua pihak dapat selesai.

“Ada yang faham maksud saya tapi ada juga yang kata saya ni nak sokong rakan artis dan tak peduli dengan nasib mangsa sedangkan saya mengajak orang untuk menggunakan saluran yang betul.

“Saya agak terkejut juga dan jujurnya saya tahu perkara ini sebab pernah lalui dulu sebagai pekerja juga, kadang-kadang bila terlampau mangsa dekat luar tu mereka tak tahu nak lepaskan dekat siapa jadi kenapa saya pula yang kena sedangkan niat saya lain,” kata Yana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi