suria

Jasmine Suraya berhijrah ke Los Angeles, orang Malaysia pertama diterima masuk akademi filem

PELAKON Jasmine Suraya memberitahu dia bakal berehat selama setahun bagi menyambung pengajian ijazah sarjana di The Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin, 33 berkata terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon namun dia percaya ini adalah peluang keemasan bagi mengembangkan bakatnya.

“Walaupun berat untuk saya buat keputusan ini kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon tapi keputusan untuk berehat seketika dan menyambung pelajaran ke luar negara adalah impian saya.

“Saya akan menyambung pengajian di The Lee Starsbergs Theatre & film Institute di Los Angeles pada Januari depan dan percaya ini adalah peluang keemasan buat saya bagi buktikan saya mampu menjadi seorang pelakon yang baik setelah menyertai akademi itu,” kata Jasmine kepada mStar.

Dalam pada itu, Jasmine yang akan berangkat ke Los Angeles pada Disember ini berharap agar ada pihak kerajaan daripada negeri Sarawak bagi membiayai kos pengajiannya di sana.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi