suria

“Orang tak kenal mungkin cakap saya kasar” - Fizz Fairuz jadi diri sendiri, berbeza artis zaman ‘paper’ dan media sosial

MELIHAT pengunaan media sosial yang terlampau ekstrem dalam kalangan netizen sekarang ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengambil penekanan untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap hantaran di media sosial.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata meskipun berjaga-jaga namun dia masih menjadi dirinya sendiri dan tidak bersikap berpura-pura demi meraih perhatian netizen.

“Zaman saya adalah zaman surat khabar dan tidak ada media sosial ni tapi sekarang dah berubah, jadi artis kena lebih berhati-hati... tak kisah siapa sekali pun kena juga berhati-hati.

“Sebab berita anda hanya di hujung jari jadi apa saja yang dilakukan pasti akan di rakam.

“Saya juga memang berhati-hati di media sosial bagi menjaga nama dan walaupun berjaga-jaga tapi saya tetap menjadi diri sendiri malah tetap teruskan kehidupan seperti biasa cumanya kena ada batas dalam perkongsian saja,” kata Fizz kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi