suria

“Dia datang rumah aku pun dengan Syamsul”... Nur Nilam sahkan Ira Kazar masih bahagia, tiada isu cerai

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil mendedahkan situasi sebenar hubungan perkahwinan sahabat baiknya iaitu Ira Kazar dengan Syamsul Yusof yang didakwa bergolak.

Kata Nur Nilam, 45, dia terkejut apabila mengetahui gosip berkenaan kerana pasangan itu dilihat masih bahagia melalui alam rumah tangga.

Malah, dia sudah menghubungi Ira bagi mendapatkan pengesahan dan anak kepada aktor Kazar Saisi itu menyangkal dakwaan tular berkenaan.

“Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.

“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian... dia cakap tiada pun isu cerai ini.

“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.

“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial... ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” kata Nilam kepada mStar.

Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia tidak lagi menerima ugutan yang di media sosial seperti diterima selepas membuat sesi siaran langsung bersama Ira sebelum ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi