suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaheizy Sam kesan anak sulung minat dunia seni, tiru macam-macam watak siap minta berlakon Polis Evo

PELAKON Shaheizy Sam memberitahu anak pertamanya iaitu Syeriff Samheizy sudah mula menunjukkan minat dalam bidang lakonan.

Ini kerana anak pertamanya itu sering melakukan aksi serta mengayakan pelbagai karekter yang ditonton menyebabkan Sam mula menghidu bakat anaknya itu.

Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 41, bagaimanapun berkata putera sulungnya itu masih belum mendapat sebarang tawaran lakonan disebabkan usia yang terlalu muda.

“Kalau nak cakap ikut jejak langkah memang Syerif paling ketara sebab dia suka menjadi semua orang, kalau tengok orang main bola dia nak jadi pemain bola sepak, tengok filem Polis Evo, dia nak jadi polis pula.

“Dia nak jadi pelbagai karakter, dekat situ Sam nampak dia minat nak jadi pelakon dan Sam galakkan kalau dia minat.

“Buat masa ini dia masih belum pernah menerima tawaran berlakon lagi, mungkin masih kecil sebab usia dia pun baru enam tahun,” kata Sam kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi