suria

Lapan bulan derita akibat gurau kasar, Puteri Rafasya geram ada rakan sekolah masih main tarik kerusi

PELAKON cilik Puteri Rafasya mengakui masih trauma selepas tulang pinggulnya retak dalam satu insiden di set penggambaran yang berlaku pada 22 Feburari lalu.

Kata Puteri, 12, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnya kesakitan yang dilalui sehingga pernah terfikir akan lumpuh buat selamanya.

“Saya tak boleh cerita banyak sebab kalau saya cerita pun hanya Tuhan yang tahu rasa sakit yang saya lalui.

"Tapi dalam hati saya ni rasa macam... alamak adakah saya tak boleh jalan lagi, adakah saya akan lumpuh?

"Saya jadi overthinking, ibu saya pun overthinking, bila benda ni jadi secara tiba-tiba saya jadi takut dan trauma," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Puteri sedang menjalani penggambaran bersama Remy Ishak, Yusuf Bahrin, Ahirine Ahiruddin dan ramai lagi dalam drama berjudul Restu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi