suria

Haqiem Rusli lebih fikir hati isteri, ‘buang’ kawan toksik ada niat jahat... “Sekarang circle saya semua positif”

PENYANYI Haqiem Rusli berasa kehidupannya lebih tenang selepas ‘membuang’ kenalan yang mempunyai perspektif negatif dan bersikap toksik.

Kata Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, kehidupannya kini semakin bahagia selepas menjaga kelompok hubungan dengan orang sekeliling.

“Mungkin dahulu saya tak jaga circle saya dan sekarang circle saya semuanya positif.

“Dari segi kawan-kawan, mana-mana yang toksik saya buang je,

“Mana-mana yang cuba jatuhkan, jahat dengan saya, saya buang tetapi tidaklah sampai bergaduh,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haqiem bersama sepupunya Ariff Bahran sedang bersaing dalam rancangan realiti Famili Duo musim ketiga.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi