suria

Didikan arwah bapa... Sharif dan Syaiful tak boleh tengok orang susah, niat sedekah Palestin jika menang setiap minggu ‘Famili Duo 3’

PELAWAK Sharif dan Syaiful daripada kumpulan Zero berniat untuk menyumbangkan setiap wang yang diperoleh daripada rancangan realiti Famili Duo musim ketiga ke tabung bantuan Palestin.

Tidak boleh melihat orang susah, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, berkata, dia dan adik-beradik lain sudah terdidik daripada kecil dengan melihat arwah bapanya sering berkongsi rezeki dengan jiran-jiran.

“Bukanlah cakap kami kaya tapi berkemampuan sedikit, jadi apa kata kami berkongsi rezeki yang kami ada untuk mereka yang memerlukan.

“Lagi satu memang kami dah terdidik daripada kecil... saya ingat lagi arwah bapa saya kalau dia bawa balik ikan lebih dia mesti akan beri pada jiran-jiran,” katanya kepada mStar.

Tambah Sharif, mereka adik beradik dari kumpulan Zero sudah biasa hidup bersederhana kerana kemewahan sebenar adalah dikurniakan keluarga dan orang sekeliling yang baik-baik.

“Kemewahan yang sebenar apabila kita semua dikelilingi oleh orang yang baik dan keluarga kita masih ada, itu sebenarnya hidup yang mewah.

“Tiada guna hidup kaya raya tapi berseorangan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi