suria

Ramai puji badan makin sado... Khai Bahar bukan nak menunjuk, cuma bagi inspirasi kepada peminat

GARA-GARA sering memuat naik foto dan video sado di media sosial, penyanyi Khai Bahar menerima pelbagai komen daripada netizen.

Selain pujian, ada juga yang kurang disenangi dan menuduh Khai seolah-olah menunjuk badan semakin sasa.

Menjawab mengenai perkara itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk riyak sebaliknya hanya kepuasan diri sendiri.

“Perkara itu bukan riyak walaupun saya tak pergi gym pun tapi ada juga muat naik gambar lakukan senaman, bagi saya itu adalah untuk bangkitkan semangat kepada semua.

“Bila saya muat naik gambar tu untuk saya juga dan beri inspirasi kepada semua juga, terpulang kepada orang nak cakap apa atau komen apa ke janji jangan buat bukan-bukan,” kata Khai kepada mStar.

Dalam pada itu, Khai memberitahu ada segelintir pihak menggunakan gambar ketika melakukan senanaman untuk tujuan tidak baik dan memberitahu akan mengambil tindakan sekiranya ia melampaui batas.

“Memang ada orang ambil gambar saya untuk buat bukan-bukan dan kalau keterlaluan sangat memang akan ambil tindakan kepada mereka semua,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi