suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lancar lagu orang tak peduli, Ariff Bahran pelik buat ‘content’ bodoh campak duit lagi dapat publisiti

PENYANYI Ariff Bahran mengakui netizen lebih memberikan perhatian terhadap ‘content’ yang menunjuk kekayaan berbanding bercakap mengenai karya lagu yang dihasilkannya.

Meskipun menerima kecaman netizen berhubung perkongsiannya sebelum ini, Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, berkata video itu hanyalah eksperimen sosial semata-mata.

“Saya campak dan tunjuk duit kenapa dapat perhatian, tapi kenapa saya keluarkan dua atau tiga lagu sebelum ini mereka tak berikan perhatian yang saya inginkan.

“Mungkin atas faktor lagu itu atau lagu itu tidak kuat pemasarannya saya tak tahu, tapi kita hidup di dunia bila kita buat benda bodoh dan benda bodoh itu akan dapat perhatian.

“Jadi saya tahu bagaimana nak bermain dalam ‘permainan’ ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi