suria

Berani wanita offer diri ajak kahwin, Azad Jasmin ingat pengorbanan isteri sebelum melayan... “Perkataan penyondol ini tak wujud”

PELAKON dan penyampai radio Azad Jasmin mendedahkan dia pernah menerima gangguan daripada wanita tidak dikenalinya di media sosial.

Azad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Azad berkata, wanita berkenaan bertindak berani mengajaknya untuk berkahwin dan bersedia menjadi isteri kedua.

“Memang ada gangguan tu tambah pula perjalanan saya sebagai penyampai radio ni lagi banyak dan baru-baru ada yang DM saya ajak keluar secara tiba-tiba.

“Selain itu, ada juga yang DM cakap bersedia untuk jadi isteri kedua saya... sebenarnya kita sedang diuji dengan netizen tahap extreme jadi ia berbalik kepada diri sendiri untuk melayan atau tidak.

“Ini adalah dugaan untuk ramai lelaki yang bergelar suami juga sebenarnya, saya kerja di Astro, jadi artis wanita keluar masuk, jadi akan lalui pelbagai dugaan cumanya saya tak nak sebab takut terpalit pada isteri pula nanti,” kata Azad kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi